BLOGGER TERHEBAT

Thursday, December 6, 2012

USAHAWAN DAN INTERNATE


Wahai Bakal Usahawan Internet Berjaya,

Saban hari pasti ada individu yang terpanggil dengan alunan promosi daripada pelbagai arah tentang kehebatan dan kekuasaan jaringan internet yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menjana wang mudah hanya daripada rumah dengan memakai t-shirt dan berseluar pendek...
internate marketing

Alunan promosi ini telah datang daripada pelbagai sumber... Ada yang datang daripada dada akhar harian, laman-laman blog mengenai perniagaan internet, buku-buku karya usahawan internet tempatan mahupun daripada sahabat-sahabat di tempat kerja.
Semuanya mencanang bahawa sungguh mudah untuk menjana wang dan menyelesaikan masalah kewangan kita dengan hanya menceburkan diri di dalam dunia perniagaan internet.
Setelah individu tersebut menjejak kami di dalam dunia perniagaan internet, barulah mereka sedari bahawa langit tidak selalunya cerah...

Dunia perniagaan internet masih lagi sama dengan dunia perniagaan konvensional di luar sana yang penuh dengan cabaran, persaingan, gangguan dan keperluan pengetahuan yang asas untuk mencapai kejayaan di dalam perniagaan.
Cuma sebilangan kecil akan mampu untuk terus maju dan mencapai kejayaan yang sebenarnya di dalam dunia perniagaan internet manakala sebilangan besar pula akan menangis, bersedih dan gagal untuk mencapai segala impian yang telah dijanjikan kepada mereka di awal pengembaraan. Akhirnya, individu-individu ini menerima hakikat kegagalan mereka lalu mengangkat kaki meninggalkan perniagaan internet ini menerusi kegelapan malam dunia siber..

No comments:

Post a Comment

Senarai Comment Tertinggi Di Sini