BLOGGER TERHEBAT

Sunday, June 26, 2011

PENDIDIKAN TERBUKA DAN JARAK JAUH


PENGENALAN PENDIDIKAN TERBUKA DAN JARAK JAUH


      Pendidikan terbuka dan jarak jauh atau yang lebih dikenali sebagai Open and Distance Learning (ODL) telah menjadi satu bahagian penting dalam system pendidikan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Perbandingan yang ketara antara ODL dengan pendidikan biasa ialah pendidikan biasa menekankan pada komunikasi bersemuka, manakala ODL meminimunkan interaksi antara pensyarah dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. Sesuai dengan perkembangan industri teknologi moden masa kini, Peranan ODL telah berkembang ke arah membuka peluang kepada rakyat yang bekerja untuk memperolehi kelayakan, kelulusan, kemahiran, dan pengetahuan.
Sebagai definisi :"Open learning is defined as a student-centered approach to education that removes all barriers to access while providing a high degree of learner autonomy. Distance education refers to a mode of delivering a course of study in which the majority of communication between teachers and students occurs noncontiguously, and the two-way communication between teacher and student necessary for the educational process is technologically mediated. Distance education may or may not be based on open-learning ideals." (Maxwell 1995, ms 43)


2.0 Methodology/ Kaedah digunakan dalam (ODL)
Pendidikan terbuka dan jarak jauh (ODL) adalah pembelajaran yang berkonsepkan penjelajahan sepanjang hayat, yang tidak semestinya terbatas di bilik kuliah. Pelajar boleh menjangka mendapat pendidikan dan kelayakan ijazah yang unggul, yang boleh diperolehi mengikut tempo sendiri, tanpa mengorbankan tanggungjawab kerja dan komitmen peribadi dan keluarga.

Terdapat berbagai-bagai kaedah yang biasanya digunakan dalam ODL. Lihat gambarajah 1.1 yang menunjukkan kaedah pembelajaran di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) salah satu universiti yang mengkhususkan kepada pendidikan terbuka dan jarak jauh (ODL).

Rajah 1.1: Kaedah pembelajaran ODL

2.1 Pembelajaran Urus Kendiri.
Pembelajaran Urus Kendiri memberi kebebasan kepada pelajar untuk belajar mengikut jadual sendiri. Bahan utama pembelajaran yang dibekalkan adalah modul bercetak yang direkabentuk khas untuk pelajar. Bahan-bahan yang lain seperti CD-ROM, Pita video/audio juga dibekalkan mengikut kesesuaian.

2.2 Pembelajaran Atas Talian
Sistem Pembelajaran Atas Talian OUM dikenali sebagai myLMS (Learning Management System). MyLMS merupakan sebuah platform e-pembelajaran yang komprehensif dan fleksibel yang menawarkan system pengurusan pengguna kursus dan komuniti maya(online community) yang berasaskan web dengan system pentadbiran multimedia.

2.3 Pembelajaran Bersemuka
Pembelajaran ini dijalankan secara berdepan antara tutur dengan pelajar. Biasanya dijalankan di Pusat Pembelajaran yang telah ditetapkan. Perkara yang dibincangkan antaranya kandungan kursus, tugasan, isu-isu yang berkaitan, dan biasanya dijalankan pada hujung minggu atau selepas waktu pejabat.

3.0 Isu-isu Dalam ODL
Pendidikan terbuka dan jarak jauh (ODL) merupakan system pendidikanyang baru khususnya di rantau Asia. Masih bayak yang ragu akan keberkesanan dan mutunya. Hal ini demikian kerana masyarakat Asia masih menekankan pendidikan biasa. Perubahan kepada sesuatu yang baru kerap menjadi tanda tanya kerana kekurangan maklumat. Berikut dibincangkan kelebihan dan kekurangan ODL:

3.1 Kelebihan ODL

3.1.1 Peluang mendapat pendidikan tinggi
Membuka peluang kepada masyarakat untuk mendapat pendidikan tinggi kerana pada masa dahulu pendidikan tinggi hanya dapat dicapai oleh golongan minority yang teristimewa. Walaupun permintaan terhadapnya adalah tinggi, bilangan universiti awam adalah tidak seberapa dan kemasukan adalah terbatas.

3.1.2 Peluang belajar kepada yang bekerja
ODL membuka peluang luas bagi mereka yang bekerja untuk menimba ilmu pengetahuan. Walaupun mereka bekerja dan mempunyai tanggungjawab kepada keluarga, mereka masih boleh belajar dengan kaedah yang digunakan oleh ODL.

3.1.3 Penimbaan ilmu sepanjang hayat
Peluang belajar dan mencari ilmu terbuka seluas-luasnya dan mereka yang berkelayakan dapat meneruskan penimbaan ilmu sepanjang hayat. Dengan demikian gesaan junjungan Nabi Muhammad supaya menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad benar-benar dapat dihayati.

3.1.4 Sokongan Kerajaan
Di Malaysia, penubuhan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 10 Ogos 2000 yang mengkhususkan ODL menjadi bukti kepada kepada sokongan kuat kerajaan.

3.1.5 Peluang meningkatkan kemahiran
Dengan adanya program ODL, mereka yang bekerja boleh meningkatkan kelayakan, kemahiran, dan pengetahuan. Dengan ini dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir bagi menggerakan negara ke arah mencapai matlamat Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.

3.2 Kelemahan ODL

3.2.1 Masalah kewangan
Pelajar ODL terpaksa membuat pilihan perbelanjaan, malah kadang-kadang terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan yang lain. Hal ini akan memberi kesan ke atas corak perbelanjaan pelajar berkenaan. Dengan kata lain, kini pelajar terpaksa membuat pilihan perbelanjaan dengan peruntukan sumber yang terhad.

3.2.2 Perlukan pennyesuaian baru
Pelajar akan menghadapi pelbagai perubahan dan terpaksa melakukan beberapa penyesuaian baru. Antaranya dengan rakan sekelas dan rakan sekerja, perubahan dan penyesuaian aktiviti social, perancangan pemelajaran, perubahan aktiviti keluarga, tumpuan dan masa untuk anak-anak dan pelajarannya, keperluan kesihatan serta tanggungjawab terhadap masyarakat.

3. Tidak meliputi semua kursus
Kurang sesuai untuk kursus yang perlukan ‘teknologi tinggi’ seperti perubatan dan kejuruteraan. Seperti yang diyatakan oleh professor Dr Mohamed Abdul Majid dekan faculty sains Universiti Malaya. “However, cautions that mature students who lack “proper graunding” will not be able to cope with highly technical subjects such as engeneering or medicine”. (Yong, 2001, ms 21)

3.Kadar kegagalan yang besar
Menurut Dr. Szarina Abdullah Presiden Persatuan Pendidikan Jarak Jauh, kadar keciciran pendidikan jarak jauh adalah jauh lebih tinggi daripada pendidikan biasa di seluruh dunia. “The dropout rate of classroom based education is 20 per cent but that of distance learning is as high as 30 to 50 per cent”. (Yong, 2001, ms 21)

4. Masa depan ODL
“Satu daripada hasil kajian George Washington University, Amerika Syarikat (Delphi Survey 1997), di kalangan institusi pengajian tinggi perdana di negara itu, futuris (pengkaji trend masa depan) utamaserta badan korporat dalam bidang teknologi maklumat menegaskan kaedah pendidikan jarak jauh(PJJ) yang berkembang pesat kini akan menjadi kaedah biasa pembelajaran menjelang 2006 nanti (jurnal The Futurist. 1997:20-28)”. (Musa, 2000, ms7)
Menurut futuris tersebut, sekolah, kolej universiti dan pusat latihan akan mengintegrasikan kaedah PJJ dalam program biasa pengajaran, kuliah, tuturial dan peperiksaan dengan penggunaan komputer multimedia interaktif. Bahan kuliah, tutorial, kerja tugasan, bahan rujukan, bahkan latihan, penilaian dan peperiksaan akan dimasukkan ke dalam komputer dan diakses atau dicapai melalui system Internet atau LAN(Local area Network).

5. Kesimpulan
Pendidikan terbuka dan jarak jauh (ODL) merupakan satu system pendidikan yang menekankan konsep belajar sendiri dengan menggunakan segala ‘kelengkapan’ yang ada.
Walaupun ODL masih terdapat beberapa kelemahan, namun dengan perkembangan teknologi yang pesat dan sokongan kuat kerajaan kaedah pembelajaran bersistemkan ODL akan mendapat tempat di hati masyarakat di abad ke-20 ini.
6. Ringkasan
Pengenalan
Belajar secara fleksibel dan memberi kebebasan
kepada pelajar untuk belajar mengikut jadual
sendiri dengan disokong kelengkapan yang
disediakan.

Kaedah
1. Pembelajaran urus kendiri
2. Pembelajaran atas talian
3. Pembelajaran bersemuka


Kelebihan
1. Peluang pendidikan tinggi
2. Belajar sepanjang hayat
3. Belajar sambil bekerja
4. Sokongan kerajaan
5. Tingkatkan kemahiran

Kelemahan
1. Masalah kewangan
2. Perlukan penyesuaian baru
3. Hanya kursus tertentu
4. Kadar keciciran tinggi

Masa depan
Menjadi kaedah pembelajaran yang biasa (diterima) pada tahun 2006 (Jurnal Futurist, 1997: 20-28)

Kesimpulan
Kelemahan-kelemahan akan di atasi dan ODL akan mendapat tempat di hati masyarakat.


Rujukan.
Farr, C. W. & Shaeffer, J. M. (1993, July). Matching Media, Methods, andObjectives in Distance Education. Educational Technology, 52-55

Hashim Musa.(2000, April 7) PJJ: Revolusi system pendidikan. Berita Harian, 7.

Maxwell, L.( 1995, November-december ). Integrating Open Learning and Distance Education. EducationalTechnology, 43-48.

Moore, M. G. & Kearsley, G.( 1996 ). Distance Education: A Systems View.Belmont: Wadsworth

Rowntree, D.( 1992 ). Exploring Open and Distance Learning. London: KoganPage.

Yong, T.K. (2001, October 21) “Is distance learning varsity necessary?”. New Straits Times, 21.

No comments:

Post a Comment

Senarai Comment Tertinggi Di Sini

PENAJA IKLAN 2013