BLOGGER TERHEBAT

Tuesday, February 8, 2011

TIP MENGHADAPI KEGAGALAN

Kegagalan itu ada banyak jenis.. Contohnya, orang gagal dalam percintaan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam  hidup dan banyak lagi. Kenalah kita berani dan kuat hati untuk meneruskan hidup dengan mempunyai impian, azam dan matlamat yang jelas. Sekiranya kita tak berani maka ia sudah memberi ‘petanda’ hati kita memerlukan ‘motivasi’ dan ‘inspirasi’ dalam menjadikannya lebih cekal berdepan kegetiran hidup.
Banyak orang merasa hidupnya selalu dirundung kegagalan. Kegagalan dalam hidup bererti seseorang selalu merasa gagal dalam mencapai segala sesuatu. Padahal, sebenarya kegagalan itu tidak ada kerana anda terus berjuang dan mencari cara yang lebih baik untuk mencapai kejayaan. Kegagalan merupakan sebuah kesalahan hidup yang dilakukan manusia itu sendiri.
Contohnya mcm cerita Thomas Alva Edison dalam usahanya mencipta lampu dengan 999 kali percubaan. Dalam hidup ini tak semestinya kita berjaya saja.. ada masa kita gagal dan sepatutnya dengan kegagalan itu diambil iktibar dan pengajaran darinya. Sehingga pada suatu saat Thomas Alva Edison, pencipta lampu itu mengatakan :
“Saya tidak pernah menemui kegagalan dalam 10000x percubaan saya mencipta lampu, yang saya temui adalah 10000 bahan itu tidak sesuai untuk dijadikan lampu”
Dia juga pernah ditanya, “Anda sudah mengalami ratusan kegagalan, apakah anda tidak bosan dengan kegagalan-kegagalan yang anda alami?”
Thomas pun memberikan jawaban dengan lantang, “Justru dengan kegagalan-kegagalan itu, saya akan mengetahui ribuan cara agar lampu tidak menyala.”
Bila dibandingkan dengan jumlah kegagalan Thomas Alva Edison, sudah berapa kali anda gagal? Jika saat ini anda mengalami kegagalan, fikirkanlah mungkin sedikit lagi kejayaan itu akan datang. Anda boleh mengatakan anda gagal dan berhenti jika sudah menyamai jumlah kegagalan yang dialami Thomas Alfa Edison.
Sebuah kejayaan hanya boleh diraih jika kita mahu mendapatkannya. Keinginan kita sendirilah yang akan membawa kita menuju kejayaan dalam hidup. Tuhan tidak akan mengubah nasib seorang manusia, selagi manusia itu sendiri tidak mengubah nasibnya sendiri. Jadi, kita yang tentukan kejayaan dan kegagalan. Adalah milik kita sendiri untuk kita pilih. Tuhan telah menyerahkannya kepada kita. Hanya kita yang perlu berusaha untuk mencapai kejayaan dan menjauhi segala kegagalan dalam hidup.

Tanda-tanda bahawa seseorang itu mengalami kegagalan ialah :-

1. Tidak mempunyai tujuan hidup yang jelas
Jika demikian maka hidup anda tidak terurus dengan balk. Anda tidak tahu harus melakukan apa untuk mengarungi kehidupan ini, karena itu anda akan bingung dan tidak tahu akan melangkah kemana.

2. Selalu menunda pekerjaan
Orang yang gagal adalah orang yang selalu menunda pekerjaan. Menunda pekerjaan bererti telah menghilangkan satu langkah menuju kejayaan !!.

3. Selalu mengeluh
Jika Anda sering mengeluh, maka anda adalah orang yang selalu tidak puas dengan keadaan sekeliling anda. Anda adalah orang yang sering menjauhkan diri dari pekerjaan dan tanggung jawab.Itu bermakna anda adalah orang yang malas untuk melakukan sesuatu. Pekerjaan anda hanya meratapi nasib dan tidak ada keinginan untuk maju dan memperbaiki nasib.

4. Tidak mempunyai kemahuan
Jika anda hanya bentopang dagu saja tanpa ada usaha untuk memperbaiki nasib, maka anda adalah orang yang selalu menuai kegagalan dalam hidup. Mana mungkin boleh maju, sedangkan anda tidak memiliki hasrat untuk maju. Maka terhimpitlah Anda dalam kitaran roda kehidupan.

Jika anda hidup selalu merasa gagal maka hakikatnya hidup anda tidak bermakna, oleh karena itu mari kita bangkit dari ciri-ciri orang yang gagal seperti diatas, mari kita bangunkan semangat untuk mencapai kejayaan dan mengubah hidup menjadi lebih baik.
“Kegagalan bukan sekadar musibah, tetapi anugerah dari Tuhan kerana masih menyayangi manusia dengan memberi kesedaran untuk mendapatkan waktu bagi memperbaiki apa yang salah.
Orang yang bermotivasi selalunya ‘sanggup’ buat apa saja bagi mencapai kejayaan sejajar dengan kehendak agama. Jika dia gagal, ia terus berusaha untuk perbaiki kelemahan. Bukan untuk ‘give up’ dan berputus asa, itu sebenarnya menutup ruang dan peluang diri sendiri.
Jika orang ditanya, apakah anda ingin kejayaan? Sudah pasti anda kata mahu. Tapi ramai orang yang menjawab mahu, jika ditanyakan apakah anda ingin menjadi orang yang gagal? Anehnya, setiap pejuang menuju kejayaan, selalu akan melalui masa-masa ini —kegagalan. Masalah besarnya, sebenarnya bukan terletak pada kegagalan yang dialami. Tapi masalahnya, apakah kita berani menghadapi kegagalan tersebut?
Kalau anda ingin berjaya, anda harus berani menghadapi kegagalan. Kalau anda berani untuk jadi orang yang berjaya, maka anda pun harus berani menjadi orang gagal. Tuhan menciptakan segala sesuatu secara berpasangan. Pasangan-pasangan tersebut biasanya merupakan sesuatu yang berlawanan.
Tuhan menciptakan siang, dan Dia menciptakan malam sebagai pasangannya. Tidak akan siang sebelum malam berlalu. Begitu juga Tuhan telah menciptakan kejayaan, maka Dia pun menciptakan kegagalan sebagai pasangannya.
Kegagalan memang sesuatu yang tidak bagus bila menimpa kita. Ketika gagal, kita akan merasa menderita dan sedih, juga kecewa. Namun, anda harus menyedari bahawa anda bukanlah satu-satunya orang yang gagal di dunia ini. Masih ada berjuta-juta orang yang juga mengalami hal yang sama dengan anda.
Bahkan mungkin kegagalan mereka jauh lebih menyakitkan daripada yang anda alami. Tanyakanlah kepada orang-orang yang sudah berjaya atau siapa pun. Tanyakan apakah mereka pernah gagal. Jawapannya pasti semua orang pernah gagal.
Tidak ada satu pun orang yang mencuba dan berusaha untuk sesuatu, usaha misalnya, yang tidak pernah mengalami kegagalan. Tahukah anda orang yang tidak pernah gagal itu siapa? Orang yang tidak pernah mengalami kegagalan adalah orang yang tidak pernah memulai dan sesuatu untuk berusaha. Sedangkan seorang yang berjaya selalu diawali dengan “mulai berusaha”.
Jika Anda merasakan kegagalan, seharusnya anda bersyukur. Itu ertinya salah satu tanda-tanda menjadi orang yang berjaya. Dan mungkin saja jarak antara kejayaan dengan kegagalan itu sangat dekat. Mungkin selangkah lagi setelah kegagalan itu, Anda akan sampai pada puncak kejayaan yang Anda idam-idamkan. Jadi, jalan terus saja! Hantam terus! Tempur terus! Lakukan lagi!
Pernah ada kisah seorang penggali emas. Dan ini adalah sebuah kisah nyata yang benar-benar terjadi. Suatu ketika ia mendapatkan informasi bahwa di sebuah tempat terdapat lombong emas. Kemudian, ia pun menghabiskan banyak wangnya untuk membeli mesin yang mahal dan menyewa beberapa pekerja.
Namun, setelah dilakukan penggalian berminggu ia tidak menemukan tanda-tanda adanya emas. Orang ini kemudian menggali lagi di sisi lain. Tapi hasilnya juga tetap sama. Hingga ia pun memutuskan untuk berhenti menggali di tempat tersebut. Ia menjual mesin penggalinya dengan harga murah kepada pegawai yang disewanya.
Pegawai tersebut kemudian meneruskan penggalian. Dan yang anehnya, selepas dilakukan beberapa hari penggalian, ia sudah menemukan emas yang sangat banyak. Pegawainya tersebut menjadi sangat kaya raya.
Orang pertama yang melakukan penggalian kemudian menyesali dirinya sambil berkata, “Seandainya aku tidak berhenti menggali”. Namun, ia tidak lama menyesali dirinya. Orang itu kemudian kembali melakukan penggalian di tempat lain. Dan ia bertekad untuk tidak menyerah hingga menemukan emas. Impiannya pun terwujud, ia pun mendapatkan emas yang selama ini ia cari.
Setiap orang mesti ada keyakinan dalam diri untuk bangun semula. Setiap salah pasti ada peluang kedua untuk kita betulkan sesuatu kesilapan . Menyesal bukanlah langkah yang terbaik. ni antara tips yang saya rasa berguna untuk mereka diluar sana yang sedang menghadapi kegagalan :-
- Bila berhadapan dengan kegagalan jangan sesekali kita terus murung dan memencil diri. Ini akan menggalakan kita berfikir yang negatif dan tiada semangat untuk bangkit semula.
- Sentiasalah percaya yang setiap kegagalan tu adalah jalan untuk kita berjaya. Jangan fikir bila kita gagal segalanya dah musnah dan tamat. Kita seharusnya berfikir kehidupan baru bermula dan lipat gandakan lagi usaha.
- Jangan sesekali kita takut untuk mulakan balik usaha untu kita gapai impian yang sama. Tak kiralah berapa banyak kali pun kita gagal.
- Percayalah tuhan tidak akan mengecewakan hambanya yang sentiasa berusaha. Satu hari nanti apa yang kita impikan pasti terlaksana.
- Bagi orang islam, Banyakkan solat, zikir dan mengaji Al-Quran untuk tenangkan hati.
- Dan terakhir sekali, sentiasalah belajar dari kesilapan dan bila kita mahu mulakan usaha yang baru jangan kita ulangi kesilapan yang pernah kita lakukan dulu.

Pesanan dari saya: Percayalah bahwa kita punya potensi untuk mengubah atau memperbaiki nasib kita. Dalam setiap agama diajarkan bahwa Tuhan akan membantu umatNya mengubah nasib kalau mereka mau berusaha untuk mengubahnya. Masalahnya apakah kita mahu dengan sungguh-sungguh memperbaiki nasib kita atau tidak. Sekadar merenungi dan menyesali nasib yang kurang baik tidak akan membuat perubahan apa-apa. Begitupun hanya berharap dan bermimpi keadaan akan berubah mungkin hanya akan menambah rasa frus.

- Sedarilah bahawa banyak nasib buruk yang kita alami sebenarnya akibat dari perbuatan kita sendiri. Seperti kata pepatah yang sangat terkenal, “kebiasaan menentukan sifat, sifat menentukan karakter, karakter menentukan nasib”. Mungkin saja nasib buruk yang anda alami adalah akibat kemalasan, sifat keras kepala, tidak jujur, mudah tersinggung dsb.

- Ingatlah selalu bahawa yang terpenting bukan “Mengapa nasibku seburuk ini?!” tetapi, “Apa yang dapat kuperbuat untuk memperbaiki nasibklu?” Jangan menyesali apa yang sudah terjadi. Jangan mencari kambing hitam untuk disalahkan sebagai penyebab nasib buruk anda. Tiada gunanya menyalahkan situasi dan orang lain karena semuanya bersumber dari dalam diri sendiri.

- Kenalilah dengan jelas dan terperinci nasib buruk yang ingin anda ubah, dan apa yang anda inginkan. Mungkin selama ini prestasi belajarmu sangat payah dan anda ingin lebih kejayaan, mungkin anda mengalami masalah kewangan, masalah kesihatan atau rasa kurang percaya diri. Mulai sekarang belajarlah untuk melupakan “nasib buruk” yang menghantui hidupmu, yang membuat anda merasa terbelenggu dan tidak bebas mengekspresikan diri.

- Tulislah langkah-langkah apa saja yang akan anda mahu lakukan. Mulailah dari langkah yang paling mudah yang boleh segera anda laksanakan. Bila sudah melewati fase ini, tingkatkan pada fase yang lebih sulit dan lebih penting.

- Setelah mengetahui apa yang ingin anda ubah dan sudah menetapkan apa yang akan anda lakukan, bulatkanlah tekad untuk mulai memperbaikinya. Kerahkanlah segenap daya dan upaya /potensimu untuk menembus tembok-tembok atau belenggu-belenggu nasib buruk yang mememenjarakanmu.

- Mintalah bantuan sahabat, keluarga atau siapapun yang kamu percayai untuk memantau perkembanganmu dan memotivasikan anda untuk terus maju. Jangan takut bersikap terbuka kepada orang-orang yang boleh membantu anda.

- Serahkanlah semua usaha dan perjuanganmu kepada Tuhan melalui doa. Berdoalah dengan sungguh-sungguh sesuai keyakinanmu. Ingatlah bahwa anda hanya melakukan apa yang harus anda lakukan sebagai manusia, tetapi selebihnya ijinkanlah Tuhan yang melakukannya bagimu.

- La takhaf wa la tahzan.. innallaha ma’ana.. Usah takut dan bimbang.. sesungguhnya Allah bersama kita.. Perkataan ini pernah diucapkan oleh Nabi ketika di dalam perjuangannya. Apa yang pasti, kita perlu berani mencuba sesuatu daripada duduk tanpa berbuat apa-apa dan membiarkan sesaat berlalu begitu sahaja. Kuatkan hati, teguhkan pendirian, teruskan perjuangan !
Haa, semoga artikel ini bermanfaat buat anda semua

No comments:

Post a Comment

Senarai Comment Tertinggi Di Sini

PENAJA IKLAN 2013