BLOGGER TERHEBAT

Saturday, November 27, 2010

Perodua Viva Elite Edisi Eksklusif dilancarkan di Sabah


Perodua Viva Elite Edisi Eksklusif yang dilancarkan di Semenanjung Malaysia pada 11 November lepas telah dilancarkan di Sabah pada 25 November 2010 (Khamis). Varian terbaru daripada keluarga Viva itu dilengkapi beberapa ciri baru seperti tanda gred Edisi Eksklusif, rim aloi dengan warna lebih gelap, tempat duduk daripada kulit, reka bentuk eksklusif gabungan meter selain kluster tengah bergaya dengan kemasan metalik ungu.
Perodua Viva Edisi Elite Eksklusif kini boleh didapati dengan warna baru Classy Purple selain dua warna lain iaitu Midnight Blue dan Ivory White. Enjin 1.0 liter masih sama seperti varian Elite sebelumnya tanpa terdapat sebarang perubahan teknikal memandangkan varian itu hanya tertumpu kepada penambahbaikan dari sudut kosmetik sahaja. Harga yang ditawarkan untuk model itu ialah RM41,600.00 (solid) dan RM42,000.00 (metalik), harga atas jalan termasuk insuran.
Varian terbaru Viva Elite itu disasarkan kepada pelanggan wanita dan lelaki di bandar, sama ada sebagai kereta pertama atau untuk dijadikan kereta kedua. Dengan ciri-ciri lebih eksklusif dan bergaya, varian tersebut dijangka akan mendapat sambutan menggalakkan dari pelanggan yang mahukan sebuah kereta kompak dengan ciri-ciri lebih mewah dan menawan. Perodua menjangkakan varian terbaru itu akan mampu dijual sebanyak 600 unit sebulan.
Menurut Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh, Sabah merupakan pasaran yang besar untuk Perodua apabila mereka ketika ini menjual sebanyak 46 peratus kenderaan baru daripada 21,300 unit kenderaan mereka yang dijual di Malaysia Timur. Perodua juga menguasai jumlah pasaran kenderaan baru di Sabah dan Sarawak sebanyak 35 peratus. Menurutnya lagi Perodua bercadang untuk menambah penguasaan nilai pasaran di Sabah dan Sarawak daripada 14 peratus untuk jualan setakat tahun ini kepada 20 peratus dalam tempoh lima tahun.

No comments:

Post a Comment

Senarai Comment Tertinggi Di Sini