BLOGGER TERHEBAT

Saturday, November 27, 2010

Mitsubishi ASX crossover launched SUV utility meets sedan agility in Mitsubishi Motors Malaysia’s new model


Mitsubishi ASX, model terbaru dari Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) yang diimport CBU sepenuhnya dari Jepun telah dilancarkan secara rasmi dengan tangga harga RM139,980.00 (OTR termasuk insuran). Model yang telah menerima tempahan sejak awal Oktober lepas hadir dengan enjin 4B11 2.0 liter, enjin yang sama boleh dijumpai pada model Lancer dan Inspira, tetapi sudah tentu dengan talaan dan beberapa perubahan untuk disesuaikan dengan karakter ‘compact crossover’ tersebut.
Enjin DOHC 16 Valve dengan sistem MIVEC itu mampu menjana kuasa setinggi 150ps dan 197Nm tork. Dengan dibantu sistem transmisi INVECS-III CVT dengan 6-kelajuan Sports Mode, ianya dilengkapi ‘paddle shifter’ di belakang stereng untuk lebih keseronokan pemanduan. Model ASX diletakkan di tengah-tengah antara sebuah model kompak dan sebuah SUV, bermakna saiznya tidak terlalu besar walaupun kelihatan seperti sebuah SUV.
Model ASX dilengkapi ciri-ciri standard seperti Active Stability Control (ASC), Hill Start Assist dan dual front airbags (beg udara berkembar depan), dengan tambahan beg udara di bahagian kaki untuk pemandu. Turut termasuk ialah kusyen kulit, sistem audio dengan skrin sentuh bersaiz lebar 2-DIN, kamera undur, pendingin udara automatik dan sistem ‘cruise control’ untuk lebih kemewahan. LCD berwarna sepenuhnya dengan multi-fungsi terletak di panel peralatan utama melengkapkan lagi keperluan penglihatan pemandu ke tahap lebih sempurna, menjadikan aktiviti pemanduan lebih selamat dan mudah.
Mitsubishi ASX telah melengkapkan barisan model terbaru MMM untuk tahun ini, selain daripada model Pajero baru dan Lancer Sportback. Masih belum diketahui sama ada MMM akan melancarkan model terbaru lain pada tahun depan, sehingga itu pembeli, khususnya rakyat Malaysia telah mempunyai pelbagai pilihan untuk dipilih.
rena Kereta : Saya tidak pasti jika model kenderaan Mitsubishi selain daripada Lancer akan terus direbadge oleh Proton. Jika kemungkinan itu ada, penerimaan rakyat Malaysia terhadap model Mitsubishi sedia ada seperti ASX dan Lancer Sportback mungkin akan semakin pudar. Pemilik-pemilik Lancer (bukan semua) kebanyakannya telah meluahkan rasa tidak puas hati dan kemarahan mereka apabila Mitsubishi membenarkan Proton mengeluarkan semula model Lancer atas nama Inspira. Mungkin ada pembeli yang akan mengambil pendekatan berhati-hati dan mengelak dari membeli kenderaan Mitsubishi pada masa depan.
Namun bagi pembeli yang bijak, soal model kenderaan Mitsubishi dikeluarkan semula oleh Proton sepatutnya tidak menjadi isu. Jika saya pemilik Lancer, saya akan berasa bangga kerana akhirnya model yang mencatatkan jualan yang agak perlahan sebelum itu semakin dikenali ramai. Sekurang-kurangnya dunia Lancer akan lebih meriah dengan kehadiran Inspira. Tetapi saya faham perasaan pemilik Lancer yang merasa agak ‘tertipu’ kerana terpaksa membayar harga yang lebih mahal, selain daripada menghadapi situasi harga Lancer yang jatuh secara mendadak di pasaran kereta terpakai.

No comments:

Post a Comment

Senarai Comment Tertinggi Di Sini

PENAJA IKLAN 2013