Tip Berguna
Bebas Hutang
Dalam kehidupan hutang memang merupakan sesuatu
yang terpaksa dihadapi oleh kita. Tak kira tua, muda , berkahwin, bujang
pastinya sedikit sebanyak hutang membelenggu kita. Hutang memang tak dapat
dielakkan dalam dunia moden kini.
Berhutang
tak ubah seperti membiarkan kehidupan anda menjadi hamba kepadanya. Anda
bekerja separuh mati,
berhempas
pulas hanya semata-mata untuk membayar lebih banyak wang kepada pemberi
pinjaman anda.
Jika
perkara ini berterusan anda bukan sahaja gagal untuk mencapai kekayaan,
bahkan anda boleh jatuh miskin!
Jadi
bagaimana untuk mengelakkan daripada perkara sebegini terus berlaku?
Jawapannya,
anda terlebih dahulu perlu tahu dan faham tentang ilmu pengurusan hutang.
Setelah
anda faham, saya percaya adalah jauh lebih mudah untuk anda menghapuskan
hutang dan seterusnya bebas dari masalah hutang yang berpanjangan.
Kehidupan
yang lebih kompleks pada masa ini dan ramai orang semakin lebih giat untuk
bekerja. Banyaknya pengeluaran untuk biaya hidup, sekolah, bayar asurans, dan
sebagainya mendorong seseorang untuk memaksimumkan jam kerjanya bagi
mendapatkan wang ekstra. Namun banyak juga diantara kita yang ternyata malah
terjebak dalam hutang yang rasanya tiada habisnya. Begitu rumitnya masalah
hutang ini, sehingga sampai mati pun Anda akan terus dikejar-kejar olehnya.
Hari
ini saya akan membantu anda bebas hutang supaya anda mempunyai duit lebih
untuk menikmati hidup yang lebih baik.. Biasanya sistem yang mudah adalah yang
terbaik. Kalau dapat selesaikan semua hutang, oh alangkah bahagianya hidup.
Pendapatan tak lagi ‘dikongsi’ dengan bank.
Anda
perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 23 tip berikut.. dan matlamat anda untuk
bebas daripada hutang pasti akan tercapai.
1.Cari
ilmu Kewangan – Hadiri kelas, seminar dan bengkel kewangan, baca sebanyak
mungkin buku tentang kewangan, faham dancuba ikut apa yang disampaikan.
2. Dapatkan khidmat perancang kewangan
yang bertauliah, seorang perancang kewangan bukan penjual produk, cari mereka
yang membantu anda merancang kewangan anda dengan mengenakan yuran. Ini bagi
mengelakkan seorang perancang kewangan menjual sesuatu produk yang tidak
diperlukan oleh anda oleh kerana mereka mempunyai kepentingan didalam produk
tersebut.
3.
Praktikan apa yang telah anda pelajari.
Tiada gunanya belajar tanpa mempraktikkannya.
4.
Antara ilmu asas yang perlu ada pada
diri anda adalah mengenai aliran tunai dan budget atau belanjawan. Seperti
juga kesihatan diri, aliran tunai akan menentukan tahap kesihatan
kewangan anda, jika anda mempunyai aliran tunai negatif maka kuranglah
kebolehupayaan anda untuk mempunyai wang yang cukup manakala budget pula
seperti diet (makan makanan yang berkhasiat untuk badan anda), budget yang baik
akan memastikan bahawa segala belanjawan yang dibuat mempunyai impak kewangan
yang positif keatas diri anda.
5.
Menstrukturkan semula kewangan anda
(pendapatan dan hutang).
6.
Berdisiplin dan berusaha untuk hidup
berdasarkan kemampuan diri sendiri.
7.
Percaya pada diri sendiri
dan tidak mudah mengalah.
8.
Rajin menabung dan sabar menanti.
9.
Bijak mengawal keinginan dan nafsu diri
sehingga diri benar-benar mampu mendapatkan barang yang diidam-idamkan.
10.
Ada kemahiran untuk membezakan antara
‘keperluan’ dan ’kemahuan’.
11.
Cubalah membelanjakan wang dengan
jumlah lebih kecil dibandigkan dengan pengeluaran anda.
12.
Berhenti guna kad kredit.
Dua dari 3 ka kredit dah dipotong. Tinggal lagi satu untuk isi minyak dan
online transaction. Beli barang harian semua cash. Termasuk beli belah untuk
hari raya. Memang terasa kurangnya belanja tanpa kad kredit. Setiap kali
belanja dah beringat boleh belanja sekian banyak je. Sebab cash banyak tu je
bawak..
13.
Jika anda sedang memiliki hutang kad
kredit maka cubalah untuk melunasnya terlebih dahulu, dan jika sudah parah maka
cubalah mencari bantuan dari nasihat kewangan.
14.
Cubalah memotong anggaran dari kegiatan
bulanan anda yang sekiranya banyak mengeluarkan dana.
15.
Jangan membeli barang hanya kerana
barang itu ada diskaun, ini akan membuat anda menjadi “ketagihan belanja”
dan hasilnya anda akan dibebani dengan hutang.
16.
Cubalah hidup dengan kemampuan anda.
17.
Jangan banyak makan diluar, cubalah
memasak makanan sendiri di rumah. Ini jauh lebih murah dan lebih jimat.
18.
Simpan lebihan wang anda untuk
keperluan yang lebih “urgent”. Dan cubalah menabung dari sekarang!
19.
Juallah barang-barang anda yang dirasa
tidak perlu.
20.
Kalau ada hutang kecil-kecil setakat
2-5 ribu tu. Keluarkan saving. Cantas semuanya. Jangan biarkan ia menghantui
hidup anda lagi!
21.
Tulis apa yang dibelanjakan. Cuba
gunakan google docs. Buat analisa perbelanjaan setiap
hari/minggu/bulan. Dengan cara menulis ni, terasa lebih sedar bagaimana dan
kemana wang tu mengalir.
22.
Ada keberanian untuk melaksanakan
segala yang dinyatakan di atas.
23.
Berdoa banyak-banyak agar Tuhan
permudahkan urusan kita untuk melunaskan hutang, berdoa agar akan selesailah
segala hutang-hutang itu dan berdoa agar hidup tidak lagi dibebani hutang yang
menyusahkan.
Semoga Tip ini dapat membantu anda..
Begitulah antara langkah-langkah yang diambil. Harapnya dengan usaha sedikit
demi sedikit ini maka akan terlangsailah segala hutang yang ada dan bolehlah
kita menjalani hidup tanpa hutang dengan aman dan tenteram.
No comments:
Post a Comment
Senarai Comment Tertinggi Di Sini