SEJARAH KAUM YAHUDI YANG KITA PERLU TAHU
Kenali siapa Yahudi dan sifat mereka dalam al-Quran
BANGSA Yahudi dinamakan Bani Israel dalam al-Quran.
NURULFATIHA MUAH
19 Oct 2023 4:00 pm
KONFLIK Israel-Palestin masih lagi berterusan. Ia semakin
meruncing sejak orang Yahudi menubuhkan negara haram Israel pada tahun 1948
dengan bantuan Britain.
Jika ditelusuri salasilahnya, bangsa Yahudi sebenarnya ialah
umat Nabi Musa AS, berketurunan Nabi Yaakub AS.
Memetik jurnal tulisan Wahab Md Salleh dalam
journalarticle.ukm.my, ALLAH SWT menggelarkan mereka dalam al-Quran sebagai
Bani Israel iaitu anak cucu Israel.
Perkara itu dirakamkan dalam al-Quran menerusi firman ALLAH
SWT: "Wahai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-KU yang telah AKU
anugerahkan kepada kamu dan (ingatlah) juga bahawasanya AKU telah melebihkan
kamu atas segala bangsa (yang ada di zaman nenek moyang mereka, iaitu zaman
Nabi ALLAH Musa AS).” (Surah al-Baqarah, ayat 47)
Artikel itu menyebut, bangsa tersebut dikenali sebagai Yahudi
yang dinisbahkan kepada salah seorang anak Nabi Yaakub bernama Yahudha kerana
kerajaan Bani Israel dikuasai oleh keturunannya.
"Orang Yahudi merupakan satu rumpun bangsa dari satu
keturunan sahaja dan tidak bercampur dengan bangsa serta keturunan lain.
"Namun, orang Yahudi yang ada pada hari ini telah
bercampur aduk dengan bangsa-bangsa lain, bukan lagi sebagai Bani Israel yang
tulen,” katanya.
SEJAK orang Yahudi dengan bantuan Britain menubuhkan negara
haram Israel pada 1948, banyak penindasan terhadap rakyat Palestin berlaku.
-Gambar hiasan
SEJAK orang Yahudi dengan bantuan Britain menubuhkan negara
haram Israel pada 1948, banyak penindasan terhadap rakyat Palestin berlaku.
-Gambar hiasan
Tidak dinafikan, bangsa itu mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya sebahagian ulama menyatakan, banyaknya nabi-nabi yang diutuskan dalam
kalangan mereka.
"Akan tetapi, situasi itu secara tidak langsung
menunjukkan bahawa perangai mereka sangat jahat sehingga memerlukan banyak
pembimbing dan tidak cukup hanya seorang.
"Setiap kali mati seorang nabi, mereka kembali kepada
kezaliman dan kesesatan, lalu ALLAH mengutuskan nabi yang lain,” katanya.
ALLAH SWT berfirman:"Ataukah ada bagi mereka bahagian
daripada kerajaan, sekiranya ada, mereka tidak akan memberikan sedikit pun
(kebajikan) kepada manusia. Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad)
lantaran kurnia yang telah ALLAH berikan kepadanya.” (Surah an-Nisa’, ayat
53-54)
Sementara itu, pendakwah Ustaz Adnin Roslan menerusi video
yang dikongsikan di platform X miliknya mendedahkan sisi negatif orang Yahudi.
Beliau menyenaraikan 10 sifat mereka seperti berikut:
1. Mereka banyak membunuh nabi, malah berbangga boleh berbuat
demikian.
2. Tidak bersyukur.
ALLAH SWT sudah selamatkan mereka daripada Firaun dan
diizinkan untuk melihat mukjizat laut terbelah dua, tetapi kemudian meminta
Nabi Musa membuat berhala untuk disembah.
3. Tatkala Nabi Musa AS ke Bukit Tursina untuk bermunajat,
mereka telah menyembah patung lembu.
4. Sudah dapat makanan dari langit iaitu Manna dan Salwa,
tetapi tidak bersyukur. Sebaliknya, mereka meminta kacang, bawang putih dan
bawang merah.
5. ALLAH SWT melarang mereka menangkap ikan pada hari Sabtu.
Malangnya, mereka mengendahkan larangan tersebut. Akhirnya
ALLAH SWT mengubah mereka menjadi kera.
6. Meminta raja daripada ALLAH untuk menyatukan mereka.
Apabila Talut dilantik ‘mengepalai’ mereka, pantas ditolaknya
kerana beliau miskin.
7. Tahu Nabi Muhammad SAW itu benar, tetapi mereka
menolaknya.
Ini kerana mereka menyimpan hasad dengki lantaran Baginda
datang dari bangsa Arab.
8. Melihat kemungkaran, tetapi tidak mencegahnya.
9. Dakwa Uzair itu anak ALLAH, tetapi lebih teruk lagi
apabila mereka mengatakan diri mereka sebagai anak dan kekasih ALLAH.
10. Menyelewengkan Taurat dan hina nabi-nabi di dalam kitab
suci berkenaan.
Sumber: http://journalarticle.ukm.my/ & platform X
@adninroslan